JellyPages.com

Tuesday 5 November 2013

SOLEHAH KE AKU ???????





Ini ialah post pertama yang aku tulis sendiri. Dan entry yang terdetik dalam hati ini adalah solehah ke aku.... Aku tergelak kecil seketika membayangkan diriku ini yang hendak dikatakan solehah tiadalah sangat tapi hanya SEPERTI LANGIT DAN BUMI...hanya... Jauh di dalam hati kecil aku seakan akan menjerit dengan penuh 'KEGILAAN' mengatakan aku tidak solehah. serious hati aku menjerit dengan penuh keikhlasan... Masakan tidak hati aku menjerit sebegitu dengan pelbagai dosa noda yang aku lakukan..sungguh banyak sekali...SUNGGUH BANYAKKKKK.. terkadang aku sungguh kecewa dengan diri aku sendiri jatuh ke lubang yang sama berulang ulang kali sedangkan diri ini sudah berjanji tidak akan mengulanginya...AKU KECEWA....AKU HAMPA...AKU GERAM..AKU SEDIH...Di saat tanganku menari menaip bait2 kata ini.. hati aku menjerit kesakitan,mataku berair air kekecewaan...susah betul hendak menjadi seorang yang solehah.. Istiqamahku bagai tenggelam timbul..Langsung tiada konsistennya..di saat diri ingin berhijrah ke arah itu, di saat cahaya mula menerangi hati ini, disaat ada orang soleh solehah hendak menemani aku di titian sempit ni..DAN disaat itulah aku juga ingin menjauhkan dari segala2nya. disaat itulah putus asa terus menjelar diri..tapi aku tidak mahunya berterusan seperti ini..aku juga ingin merebut gelaran itu...aku juga inginn,..tersangat ingin...
Tapi...
tapi.........


adakah
ADAKAH AKU BOLEH MEREBUT GELERAN SOLEHAH ITU.........

SI SOLEHAH itu bagai mentari yang tinggi tapi tidak sesekali dapat disentuh
silauannya mempersonakan tapi bukan untuk tontonan
sesiapa mendekatinya pasti akan dapat merasakan kehangatannya
tapi sesiapa yang ingin memegangnya akan pasti hancur lebur tangannya
kerana SI SOLEHAH itu pasti akan menjaganya dari anasir2 luar
kerana SI SOLEHAH itu tahu kan erti emas dan mutiara
kerana SI SOLEHAH itu tahu bidadari syurga akan mencemburuinya
kerana SI SOLEHAH akan peri pentingnya erti SOLEHAH
tetapi
SOLEHAH
tidak dapat dijual dengan harta atau diwarisi oleh siibunya solehah
sesekali tidak
mencapai title 'SOLEHAH' bukan semudah melambung salji di langit
bukan semudah membuat rumah megah nan indah
bukan semudah membuat orang lain tertawa dan menangis
bukan semudah itu


tapi solehah memerlukan
pengorbanan yang tak bertepi
tidak akan berundur selagi belum ke pengakhiran
biarpun dunia membakar dan mencemuh dirinya
dia tidak akan gentar dan goyah
dia akan terus berlari merangkak ke hadapan
mencari2
tercari2
ternanti2
mengintai2
dan terus mencari SOLEHAH di dalam diri dibalik dirinya

TAPI TERNYATA TIDAK SEMUDAH ITU.....



Thursday 10 October 2013

Siapa Rasulullah Di Hati Kita????
Rindukah kamu pada Rasulullah?
Sayangkah kamu pada Rasulullah?
Cintakah kamu pada Rasulullah?
Tahukah kamu, bahawa Rasulullah sangat mencintai kita?
Di saat malaikat maut ingin mencabut nyawa, baginda tidak gembira dan tenang pergi bertemu Illahi sehingga mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda s.a.w. dahulu memasukinya. Subhanallah… Begitu dalamnya cinta Baginda kepada kita.
Tahukah kamu, Rasulullah sangat menyayangi kita?
Di saat Malaikat Jibril datang kepada Baginda dan menerangkan sifat-sifat neraka jahanam, dan menerangkan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahanam itu adalah untuk umat Nabi Muhammad yang berbuat dosa-dosa besar dan tidak sempat bertaubat, Baginda jatuh pengsan.
Baginda begitu sedih dan berdukacita. Baginda menangis sehingga Baginda tidak keluar rumah kecuali hanya untuk solat dan tidak berbicara dengan orang. Ya Allah….begitu besar kasih sayang Rasulullah kepada kita.
Tahukah kamu Rasulullah sangat merindui kita.?
Di saat malaikat maut ingin mencabut nyawa, nama kita disebut-sebut baginda.
“ummati…ummati…ummati…”
Tahukah kamu, Rasulullah sangat rindu bertemu dengan kita?
ketika Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda bertanya kepada sahabat.
“siapakah yang paling ajaib imannya?”
 Seorang sahabat menjawab, “malaikat…”
Baginda menjelaskan,  ”bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah..”
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,  ”Para nabi..”
Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka..” jelas Rasulullah..
” Mungkin kami…” celah seorang sahabat…
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu..” Rasulullah menyangkal..
“kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui..” jawab seorang sahabat..
“kalau kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku..mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya..berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku…dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku..” jelas Rasulullah…
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Sedarkah kamu. Tahukah kamu, siapakah ‘ikhwan’ Baginda? Siapakah yang Baginda rindu ingin bertemu?
Mereka adalah kita. Umat Rasulullah. Mereka yang belum pernah melihat baginda Rasulullah tetapi beriman dengan Baginda sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintai Rasulullah melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.
Betapa Rasulullah ingin bertemu dengan kita. Betapa Rasulullah rindu akan kita.

Tapi kita…
Adakah kita cinta pada Rasulullah?
Adakah kita sayang pada Rasulullah?
Adakah kita rindu pada Rasulullah?
Kalimah sayang, cinta, rindu, sering meniti di bibir
Namun, mana buktinya?
Mana bukti kita sayang pada Baginda?
Mana bukti kita cinta pada Baginda?
Mana bukti kita rindu pada Baginda?
Tepuk dada, biarlah iman kita yang berbicara.
Ayuh sahabat, jangan hanya berkata-kata.
Ayuh buktikannya…
Buktikan bahawa kitalah yang Rasulullah cinta
Kitalah yang Rasulullah rindui dan ingin berjumpa
Bagaimana???
“Tak kenal maka tak cinta…”
Justeru, ayuh sama-sama kita kenali baginda Rasulullah SAW.
Kita ikuti sirah hidup baginda.
Jadikan baginda idola dalam hidup kita
maka…kita haruslah ikuti sunnah baginda.
dari awal kita celik mata sehinggalah kita pejamkan mata…
Ikut apa yang Rasulullah kata… ”sampaikan dariku walaupun sepotong ayat” pesan baginda;
” Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamaya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku”
(Hadist riwayat Imam Malik bin Anas dalam al-Muwattha’ – no: 1619)

Walau kemana kita pergi. Walau siapapun kita. Walau setinggi mana pangkat kita. Walau sebanyak mana harta kita,  ingatlah… Jangan pernah tinggalkan Al-Quran dan sunnah Baginda. Hidup  seiring dan landasilah ia pada Al-Quran dan Sunnah Baginda. Jadikan Al-Quran dan sunnah Baginda pegangan dan panduan hidup kita. 
Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang Baginda rindu ingin bertemu. Semoga kita salah seorang yang mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak. Semoga kita dapat bertemu dengan Rasulullah di taman syurga nan indah.
Salam Jumaat, Jum Selawat… “ ِAllahumma solli ‘ala Muhammad, wa’ala aali syaidina Muhammad”